Thursday, October 23, 2008

OGANISASI DAN BLOK PERDAGANGAN ANTARABANGSA

Pusingan Uruguay dan WTO

Sebelum kemunculan WTO,organisasi ini lebih dikenali sebagai GATT (General Agreement on Tariffs and Trade).GATT ialah satu perjanjian multilateral(melibatkan lebih daripada dua negara) yang objetifnya ialah untuk meliberalisasikan perdagangan dengan menghapuskan tarif,subsidi,kuota import dan lain-lain halangan perdagangan.Semenjak ditubuhkan pada tahun 1947,keanggotaan GATT telah meningkat daripada 19 negara kepada 120 negara.GATT tidak bertindak mendadak dalam usahanya menghapuskan halangan perdagangan.Pengurangan tarif contohnya,telah di lakukan secara berperingkat-peringkatmenerusi lapan pusingan perundingan,dengan Pusingan Uruguay sebagai yang terbaru,dilancarkanpada 1986 dan berakhir pada Disember.

Dalam setiap pusingan,pengurangan tarifpada kadar yang dipersetujui dirundingkan dengan kesemua angota berjanji tidak akan menaikkan tarif melepasi kadar tersebut.Peraturan –peraturan GATT dikuatkuasakan menerusi mekanisme pengawalan bersama.Jika sesebuah negara merasakan negara yang berdagang dengannya telah melanggar peraturan GATT,ia boleh mengadu kepada sebuah biro yang berpengkalan di Geneva dan siasatan akan dijalankan.Jika aduan tersebut berasas,negara-negara angota lain akan mengenakan tekanan dan mendesak supaya negara berkenaan menukar polisinya.Jika negara tersebut masih enggan berbuat demikian,keangotaannya akan ditarik balik.

Bagaimanapun,pada tahun-tahun 1980an dan awal 1990an,sistem perdagangan dunia menghadapi tekanan dengan meningkatnya dasar ‘protectionist’(melindungi kepentingan negara masing-masing).Perubahan ini berlaku dengan kemunculan Jepun sebagai kuasa ekonomi kedua besar dan pengeksport yang terbesar dunia.Ini telah mengubah pandangan negara-negara barat kerana,walaupun mereka telah mengurangkan tarif dan subsidi,pasaran Jepun masih lagi tertutup oleh halangan-halangan kerajaan.

Waluapun dasar’protectionist’telah semakin meningkat,pada 1986,negara-negara GATT telah memulakan pusingan ke-8 yang dinamakan Pusingan Uruguay untuk mengurangkan tarif.Dalam pusingan ini,penyelesaian cuba dicapai untuk membolehkan peraturan-peraturan GATT meliputi perdagangan dalam bidang perkhidmatan.Usaha juga dibuat untuk menghasilkan peraturan-peraturan bagi melindungi peralatan intelektual(intellectual property),mengurangkan subsidi pertanian dan mengetatkan penguatkuasaan kawalan oleh GATT bagi mengelakkan pelanggaran peraturan di kalangan negara-negara anggota.

Pusingan Uruguay berjalan selama 7 tahun.Perundingan sukar untuk dilakukan dengan wujudnya beberapa halangan.Halangan utama ialah perselisihan yang berterusan antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah berhubung subsidi pertanian. Antara kesan daripada perjanjian Uruguay ialah pengurangan tarif ke atas barangan industri lebih daripada satu pertiga,pengurangan dalam subsidi dalam pertanian,peraturan kemasukan pasaran dan keadilan dalam perdagangan akan turut merangkumi sektor perkhitmatan.Peraturan GATT juga diperluaskan untuk meningkatkan perlindungan ke atas paten,hak cipta dan tanda niaga serta mengurangkan halangan dalam perdagangan tekstil.

Dengan tertubuhnya WTO harapan untuk perlaksanaan peraturan dan polisi-polisi GATT dengan lebih berkesan adalah semakin serah.WTO akan berperanam sebagai organisasi induk yang mengandungi GATT dan 2 badan yang baru diwujudkan iaitui di bahagian perkhidmatan dan peralatan intelektual.WTO juga akan menganbil ahli tugas menangani perselisihan dalam perdagangan dan mengawal polisi-polisi perdagangan negara-negara anggota.

AFTA(ASEAN Free Trade Area)

Keputusan untuk manubuhkan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN(AFTA) telah diambil semasa Sidang Kemuncak Ke-4 ASEAN pada 1992 di Singapura. Penubuhan AFTA merupakan langkah penting yang diambil oleh negara-negara ASEAN untuk meningkatkan perdagangan di rantau ASEAN.Pada mulanya,AFTA dijadaulkan untuk dilaksanakan sepenuhnya menjelang 2008 tetapi memandangkan arus globalisasi yang semakin mendesak,kesemua anggota ASEAN bersetuju untuk mempercepatkan kemunculan AFTA iaitu pada tahun 2003.

Objektif utama AFTA ialah untuk meningkatkan kedudukan ASEAN sebagai kawasan pengeluaran yang berdaya saing dan membolehkan ASEAN memenuhi kepeluan pasaran global daripada kedudukannya itu.Objektif ini dapat dicapai menerusi perluasan dalam perdagangan antara ASEAN,yang membolehkan pengkhususan dan pencapaian skala ekonomi.Ia juga dapat dicapai menerusi kemasukan lebih banyak pelaburan langsung asing yang mendapati kemunculan ASEAN sebagai satu pasaran tunggal,berupaya menawarkan tarikan dari segi peluang-peluang perniagaan yang lebih meluas.

Mekanisme utama yang akan diggunakan dalam merealisasikan kemuculan AFTA iaitu Skim‘Common Effective Preferential Tariff(CEPT)’telah dilancarkan pada 1 Januari 1993.Skim ini merangkumi kedua-dua produk pertanian dan pembuatan..Manakala,produk-produk yang diliputi di bawah skim ini merupakan yang paling menyeluruh berbanding dalam perjanjian-perjanjian perdagangan ASEAN yang lainnya.

Liberalisasi perdagangan intra-serantau akan dipermudahkan melalui pengembangan AFTA,dengan meluputkan semua halangan tarif dan bukan tarif dalam ASEAN,memperkenalkan ketelusan yang lebih luas dalam langkah-langkah teknikal,menyelaraskan piawaian pengeluaran,menyelaraskan sistem penamaan tarif (tarif nomeclature),prosedur kastam dan sistem nilaian,serta terus menyokong rancangan yang dibuat di peringkat rantau kecil (sub-regional).Dengan beransur mengurangkan tarif kepada 0-5%,negara-negara ASEAN kini bersiap-sedia untuk menghadapi peralihan ke arah perdagangan bebas yang sememangnya tidak dapat dielakkan lagi.

AFTA juga memasukkan peruntukan untuk menghapuskan rintangan bukan tarif dalam jangka masa lima tahun sejak bermulanya perundingan CEPT.Sebagai tambahan,terdapat langkah-langkah untuk menyelaraskannya dengan prosedur kastam,pengiktirafan piawai barangan yang telah diuji dan mengeluarkan sijil perakuan barangan.Contohnya,dengan memperkenalkan Sistem Laluan Hijau(Green Lane System)untuk barangan CEPT,ia telah dapat mengurangkan masa pemprosesan kastam sebanyak 5 jam di Malaysia dan 2 jam dan Thailand.

Jelasnya,penubuhan AFTA sangat perlu dan tepat pada masanya di saat-saat ASEAN berusaha untuk menyesuaikan diri dengan rejinm perdagangan bebas yang global.Kewujudan AFTA dapat mengurangkan kos pengurusan dan pengeluaran di rantau ini,justeru menjadikan ASEAN bukan sahaja pasaran yang menarik,tetapi juga tempat beroperasi yang menguntungkan.

NAFTA(North America Free trade Agreement)

Pada tahun 1988,kerajaan Amerika Syarikat dan Kanada telah bersetuju untuk memasuki satu perjanjian perdagangan bebas yang mula beroperasi pada1 Januari 1989.Tujuannya ialah untuk menghapuskan halangan tarif dalam perdagangan dua hala antara Amerika Syarikat dan Kanada menjelang tahun 1998.Pada tahun 1991,Amerika Syarikat,Kanada.Mexico telah mengadakan perundingan untuk menubuhkan satu b lok perdagangan yang dinamakan Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA).NAFTA mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1994.Kandungan perjanjian NAFTA ialah:

-menghapuskan tarif ke atas 99% daripada barangan yang diperdagangkan antara Mexico,Kanada dan Amerika Syarikat dalam jangka masa 10 tahun.

-mengubah kebanyakan halangan-halangan dalam pengalaran perkhidmatan melangkaui sempadan di ketiga-tiga buah negara tersebut.

-mengandungi perutukan dalam melindungi hak-hak peralatan intelektual.

-menghapuskan kebanyakan halangan dalam pelaburan langsung asing di antara ketiga-tiga negara walaupun perlindungan diberikan kepada industri tenaga dan keretapi di Mexico,industri penerbangan dan komunikasi di Amerika Syarikat dan kebudayaan bagi Kanada.

-setiap negara dibenarkan menggunakan piawaian alam sekitarnya sendiri syarat piawaian peraturan itu mestilah mempunyai asas saintifik.

-menubuhkan dua suruhanjaya dengan kuasa untuk mengenakan denda dan menarik balik keistimewaan perdagangan sekiranya piawaian alam sekitar atau peraturan-peraturan berkaitan kesihatan dan keselamatan,upah minimun serta buruh kanak-kanak tidak dipedulikan.

Pihak yang menentang penubuhan NAFTA berpendapat NAFTA akan menyebabkan berjuta-juta rakyat Amerika Syarikat dan Kanada kehilangan pekerjaan kerana firma-firma memidahkan operasi mereka ke Mexico disebabkan tarakan kos bruh yang rendah serta undang-undang persekitaran dan buruh yang longgar.NAFTA juga dikatakan tidak dapat memberikan kesan yang besar kepada Amerika Syarikat dan Kanada kerana saiz ekonomi Mexico pada masa itu cume 5% daripada Amerika Syarikat.Kebimbangan terhadap kesan persekitaran serta pencerobohan kedaulatan negara Mexico juga dijadikan alasan untuk menentang penubuhan NAFTA.

EC(European Community)

EC ditubuhkan pada awalnya sebagai European Economic Community (EEC) secara rasmi dengan termeterainya Perjanjian Rome(Rome Treaty). Pada 1967,tigabua badan kerjasama rantau Eropah iaitu EEC sendiri,ECSC (European Coal and Steel Community)telah bergabung untuk membentuk European Community (EC).Perjanjian Rome yang ditandatangani merupakan satu dokumen peringatan yang mengandungi lebih daripada 200 artikel.

Kandungan utama perjanjian Pome ialah:

I) menubuhkan satu kawasan perdagangan bebas,penghapusan secara beransur-ansur ke atas tarif,kuota dan lain-lain halangan perdagangan di kalangan negara angota.

II) Menubuhkan kesatuan kastam dan pembentukan polisi kastam yang terpakai di seluruh negara EC.

III) Menubuhkan pasaran bersama dengan memidahkan sekatan-sekatan yang menyukarkan pergerakan buruh,madal dan perusahaan.

IV) Menggunakan polisi pertanian yang seragam.

V) Membentuk satu tabung pelabuhan untuk menyalurkan sumber modal dari negara anggota yang lebih maju kepada negara yang kurang maju.

EAEC(East Asia Econamic Caucus)

Kebangkitan negara-negara Asia Timur dalam bidang ekonomi semakin ketara dan mendorong kepada keperluan untuk mewujudkan kerjasama antara negara-negara tersebut.Asia Timur seharusnya diberi hak untuk bersuara dan menjalankan tanggungjawabnya baik dalam kawasan serantau khusasnya mahupun dunia amnya.Menyedari hakikat tersebut,pada Disember 1990,Perdana Menteri Malaysia,Dato’Seri Dr.Mahathir telah mencadangkan penu8buhan satu badan yang dinamakan Kumpulan Ekonomi Asia Timur(East Asia Economic Group atau EAEG).Dalamsatu mesyuarat di peringkat menteri-menteri ASEAN yang diadakan di kuala Lumpur pada penghujung tahun 1991,Indonesia telah mencadangkan supaya nama tersebut ditukarkan menjadi EAEC(East Asia Economic Caucus).Cadangan ini talah dengan segara dipersetujui oleh Malaysia dan negara-negara ASEAN lainnya.Satu deklarasi telah diisytiharkan di Sidang Kemuncak Ke-4 ASEAN di Singapura yang dinamakan’Deklarasi Singapura’.Antaranya,deklarasi ini menyatakan penubuhan EAEC sebagai saluran perundingan bagi menangani isu-isu berbangkit di rantau ini yang boleh diperluaskan lagi peranannya terutama berhubung kerjasama ekonomi serantau dan untuk mempromosikan satu sistim perdagangan global yang bebas dan terbuka.

APEC (Asia-Pacific Economic Cooperation)

Tuujuan utama penubuhan APEC ialah untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi di rantau Asia-Pasifik dan memupuk semangat kerjasama di kalangan negara-negara anggota.Mnerusi Deklarasi Seoul pada 1991,negara-negara anggota AEPC telah mencapai persetujuan dalam penetapan objektif-objektif berikut:

I) Mngekalkan pertumbuhan dan pembangunan rantau Asia-Pasifik untuk kebaikan rakyat dan dengan itu,memberi sumbangan kepada pertumbuhan dan pem bengunan ekonomi dunia.

II) Meningkatkan perolehan positif untuk kedua-dua rantau dan ekonomi dunia,hasil daripada kerjasama ekonomi antara negara-negara anggota,termasuklah menggalakkan pengaliran barangan,perkhidmatan,modal dan teknologi.

III) Membangun da mengukuhkan sistem perdagangan yang terbuka untuk kebaikan rantau Asia-Pasifik khususnya,dan dunia amnya.

IV) Mengurangkan halangan-halangan dalam perdagangan barangan dan perkhidmatan antara negara anggota seiring dengan prinsip-prinsip GATT tanpa mengganggu kepentingan ekonomi pihak-pihak lain.

ASEAN(Association of Southeast Nations)

ASEAN telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok,Thailand dengan termeterainya Deklarasi Bangkok oleh 5 buah negara anggota asal iaitu Indonesia,Malaysia,Filipina, Singapura dan Thailand.Pada 8 Januari 1984.Brunei Darussalam telah diterima menjadi anggota yang keenam.Ini diikuti pula oleh Vietnam pada 28 Julai 1995.Laos dan Myanmar memasuki ASEAN pada 23 Julai 1997.Deklarasi Bangkok menyatukan negara-negara anggota ASEAN dalam usaha bersama untuk menggalakkan kerjasama ekonomi dan demi kepentingan penduduk-penduduk di rantau ini.

-Penyatuan di bawah ASEAN.dibuat dengan 3tujuan utama.

I)Agar dapat menggalakkan pembangunan ekonomi,sosial dan kebudayaan menerusi program-program kerjasama serantau.

II)Untuk mengukuhkan kestabilan politik dan ekonomi serantau apabila berhadapan dengan ancaman kuasa-kuasa besar.

III)sebagai satu forum untuk menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul.

No comments: